Sunday, December 22, 2013

Orang Besar Daerah rasmi Roadshow PIMPINAN Daerah Hulu Langat

Jawatan Kuasa PIMPINAN Daerah Hulu Langat bersama-sama dengan Dato' Engku Abdul Jalil b. Engku Abdul Rani, Orang besar Daerah Hulu Langat (baju biru)

Hulu Langat, 23hb Disember 2013, Roadshow PIMPINAN Daerah Hulu Langat kali ke 2 telah diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Bangi Selangor. 

Hadir merasmikan majlis ini ialah YDH Dato' Orang Kaya Maha Bijaya, Dato' Engku Abdul Jalil bin Abdul Rani, Orang Besar Daerah Hulu Langat.


Pengerusi PIMPINAN Daerah Hulu Langat Tn Hj Napiah b. Sha'rani mengalu-alukan kehadiran semua jawatan kuasa masjid.

Tuesday, December 10, 2013

Masjid As-Salam: Lokasi Penggambaran Filem Dokumentari Antarabangsa





Puchong, 11 December 2013;   Sebuah Syarikat Perfileman Antarabangsa GS Productions yang menerbit dan mengeluarkan filem produksi kepada TV Stations seluruh dunia (ABC, NHK, Discovery Channel) telah memilih Masjid As-Salam Puchong Perdana sebagai lokasi penggambaran filem dokumentari yang bertajuk “Malaysian Muslim Society”. 

Wakil bagi pihak Syarikat GS Production yang juga Assistant Producer, Ms Melisa Lim telah berhubung dengan Tuan Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam menyatakan hasrat dan memohon kebenaran untuk membuat penggambaran filem dokumentari ini. 

Wednesday, December 4, 2013

Program 3 Masjid bersama PIMPINAN

Program 3 Masjid telah diadakan pada 30hb November 2013 di kawasan lapang bersebelahan Eon Big, Puchong Utama. Program ini adalah gabungan bersama Masjid As-Salam Puchong Perdana, Masjid Asy- Syakirin Puchong Utama, Masjid Bandar Bukit Puchong dan PIMPINAN Negeri Selangor.

Friday, November 22, 2013

PIMPINAN Selangor berjumpa YDH Dato' Mohd Adzib Pengerusi MAIS

Dari kiri; Hj Buang b. Raban, Dato Mohd Adzib b. Mohd Isa, Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN, Hj Md Yousof Nour Mohamad, Bendahari dan Hj Fadzil b. Tahir AJK PIMPINAN.

Shah Alam, 22 November 2013; PIMPINAN Negeri Selangor yang diketuai oleh Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN bersama-sama dengan AJK yang lain telah membuat kunjungan hormat berjumpa YDH Dato' Mohd Adzib b. Mohd Isa, Pengerusi MAIS.

Hadir bersama dalam perjumpaan ini ialah Hj Buang b. Raban, TYDP, Hj Md Yousof Nour Mohamad, Bendahari dan Hj Fadzil b. Tahir, AJK PIMPINAN.

Dalam pertemuan tersebut YDP PIMPINAN telah membuat pembentangan berhubung hala tuju PIMPINAN dan melaporkan kepada Pengerusi MAIS tentang aktiviti PIMPINAN selama ini. 

Monday, September 30, 2013

Thursday, September 12, 2013

Mesyuarat Agong PIMPINAN 2013 pemacu Hala Tuju Persatuan



Shah Alam, 10hb September 2013; Mesyuarat Agong Tahunan PIMPINAN Negeri Selangor 2013 telah berjaya diadakan di Dewan Seminar Masjid Negeri Shah Alam pada Ahad lepas. Seramai hampir 100 orang perwakilan daripada masjid-masjid seluruh daerah di negeri Selangor hadir dalam mesyuarat agong tersebut.

Orang Besar Daerah Petaling, Orang Kaya Maha Bijaya Dato' Hj Emran Abdul Kadir hadir merasmikan Mesyuarat Agong ini.

Monday, September 2, 2013

Notis Mesyuarat Agong Tahunan PIMPINAN Negeri Selangor ke 18 (2013)

Kepada
Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat / Cawangan,
Nazir Masjid / Pengerusi Surau
Negeri Selangor

Y.Bhg. Dato’/Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGONG KE - 18

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong PIMPINAN Ke 18 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 8 September 2013 (Ahad)

Masa: 9.00pagi – 1.00 tengahari

Tempat : Dewan Seminar Masjid Negeri, Shah Alam.

Sunday, July 28, 2013

Program Amal di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah Puchong


Seramai lebih kurang 45 orang anak-anak Rumah Kebajikan Baitul Hidayah telah diraikan oleh pelajar Kolej Astin dalam satu program Amal pada 27hb. Julai 2013 yang telah dianjurkan oleh PIMPINAN dengan kerjasama UNITEN dan ASTIN College yang melibatkan seramai lebih kurang 45 pelajar ASTIN COLLEGE.

Bermula seawal jam 10 pagi sehinggalah waktu berbuka puasa, pelbagai aktiviti bersama telah diadakan seperti "story-telling", "lab experiment", "puppet show" dan "rebut kerusi". Gotong royong membersihkan kawasan rumah juga diadakan awal pagi.

Sunday, July 14, 2013

Thursday, July 4, 2013

Jakim dan GPPKMM anjur Seminar Pengurusan Masjid di ILIM Bangi



Bangi, 25hb Jun 2013, Seminar Pengurusan Masjid sempena Mesyuarat Agong  Tahunan Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Se Malaysia, GPPKMM anjuran JAKIM dengan kerjasama GPPKMM telah di adakan pada 23 & 24 Jun 2013 di Institiut Latihan Islam Malaysia, ILIM Bangi Selangor. 

Seramai 180 orang pegawai dan kakitangan masjid dari negeri-negeri seluruh Malaysia hadir di Seminar ini. Dua kertas kerja telah dibentangkan.

Kertas kerja yang pertama bertajuk "Memperkasa Institusi Masjid: Pengalaman Masjid As-Salam Puchong Perdana) telah di bentangkan oleh Hj Yasim Mohamed, Yang DiPertua PIMPINAN Negeri Selangor merangkap Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Thursday, June 20, 2013

Mesyuarat Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid SeMalaysia (GPPKMM) di Mentakab


Mentakab, 15hb Jun 2013; Mesyuarat Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Se Malaysia GPPKMM telah diadakan di Kolej Komuniti Mentakab hujung minggu lalu. Mesyuarat dihadiri oleh wakil-wakil daripada negeri-negeri seluruh Malaysia.

Mewakili Negeri Selangor ialah Hj Yasim Mohamed, Yang Di Pertua PIMPINAN Negeri Selangor. Antara perkara yang dibincangkan ialah persiapan Mesyuarat Agong yang akan diadakan di Institiut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi pada 24hb Jun 2013 ini.

Friday, May 10, 2013

Perjumpaan dengan PBMS (Persatuan Belia Masjid Selangor)

YDP dan Setiausaha Agong PIMPINAN bergambar bersama J/K PBMS
setelah selesai perbincangan (8.5.2013)

Tuesday, April 2, 2013

Kunjungan Hormat dan Pertemuan Khas dengan Dato' Ketua Pengarah JAKIM



Putrajaya, 3hb April 2013; Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid SeMalaysia (GPPKMM) telah selesai mengadakan pertemuan khas dengan Pengarah JAKIM di Pejabatnya di Putrajaya semalam. Hadir dalam pertemuan ini adalah wakil-wakil daripada Negeri Selangor, Johor, Kelantan, Melaka dan Terengganu.

Sunday, March 17, 2013

YDP PIMPINAN hadir Mesyuarat AJK GPPKMM di Ipoh Perak


AJK GPPKMM sesi 2012 ~ 2014

Ipoh, 17hb March 2013; Mesyuarat Jawatan Kuasa Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Se Malaysia (GPPKMM) kali ke 3 telah diadakan di Pejabat Persatuan Jam'iyah Perak di Ipoh. Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil-wakil dari negeri-negeri yang menjadi ahli dalam Gabungan di seluruh Malaysia.

Negeri Selangor diwakili oleh Tn Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN dan En Shamsuri Abdullah, PSU PIMPINAN Negeri Selangor.

Friday, February 8, 2013

Cabaran Memperkasa Institusi Masjid

Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor merangkap Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana membentangkan kertas kerja bertajuk Cabaran Memperkasa Institusi Masjid


Kuala Lumpur, 5hb Febuari 2013; Program Perhimpunan Pegawai-Pegawai Masjid bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan di Masjid Al-Imam Asy-Shafie Jalan Perkasa Taman Maluri Kuala Lumpur pada 4hb Febuari 2013. Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah mengumpulkan semua pegawai-pegawai masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program telah dirasmikan oleh Yg Berbahagia Datuk Hj Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Hadir sama ialah Tuan haji Basori bin Haji Umar, KPPK Bahagian Pengurusan Kariah JAWI.

Pembentang Kertas Kerja dalam Perhimpunan ini ialah Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor merangkap Nazir, Masjid As-Salam Puchong Perdana. Tajuk Kertas Kerja yang dibentangkan ialah "Cabaran Memperkasa Institusi Masjid". Kertas Kerja ini adalah sebahagian daripada "Perkongsian Pintar" pengalaman menguruskan Masjid As-Salam Puchong Perdana yang merupakan Masjid Terbaik di Negeri Selangor. 

Friday, February 1, 2013

PIMPINAN Pusat melawat masjid di Singapura


AJK PIMPINAN Pusat bergambar di hadapan Masjid Sultan, Muscat Street Singapura.

Di bilik mesyuarat Masjid Sultan Singapura

Monday, January 28, 2013

Roadshow PIMPINAN di Daerah Sabak Bernam

Tuan YDP bergambar bersama AJK semasa Roadshow PIMPINAN di Daerah Sabak Bernam pada  19.1.2013

Sunday, January 27, 2013

Saturday, January 19, 2013

Sunday, January 13, 2013

Mesyuarat AJK PIMPINAN Negeri kali ke 4

Tn Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN mempengerusikan mesyuarat
Puchong, 12hb Januari 2013; Mesyuarat Jawatankuasa PIMPINAN Negeri Selangor kali ke 4 telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana Sabtu lalu. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor telah dihadiri oleh wakil-wakil PIMPINAN diperingkat Daerah.

Antara yang dapat hadir dalam mesyuarat kali ini ialah wakil daripada Daerah Klang, Kuala Langat, Hulu Selangor, Petaling dan Hulu Langat.

Wednesday, January 2, 2013

Roadshow PIMPINAN di Daerah Gombak

Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN Negeri Selangor sedang menyampaikan taklimat hala tuju kepada  ahli PIMPINAN di Daerah Gombak pada 29.12.2012