Friday, October 17, 2014

Kebajikan Masyarakat Teras As-Salam

Masjid As-Salam Puchong Perdana, Puchong Selangor


TIDAK hanya tertumpu sebagai pusat ibadat khusus, institusi masjid yang juga rumah ibadah bagi umat Islam merupakan pusat pelbagai kegiatan masyarakat sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika zaman pemerintahannya.


Mengambil contoh amalan tersebut, Masjid As-Salam, yang terletak di Puchong Perdana, Puchong Selangor memperluas fungsinya bukan sahaja mengimarah menerusi pengisian dalaman, malah memfokuskan kepada aktiviti kebajikan bersama masyarakat.


Nazir Masjid As-Salam, Tuan Hj Yasim Mohamed berkata, langkah itu diambil bagi membuktikan peranan masjid yang menjadi simbolik bagi menggambarkan imej umat Islam sebagai penggerak masyarakat serta mampu menyumbang dalam semua aspek.

Friday, August 29, 2014

Masjid Sultan Yahya Petra dan Masjid As-Salam juara Anugerah Masjid Malaysia

Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana menerima Piala daripada YAB Perdana Menteri Malaysia
Putrajaya, Ogos 29, 2014:  Masjid Sultan Yahya Petra, Machang, Kelantan dan Masjid As-Salam Puchong Perdana, Selangor muncul sebagai  juara bagi kategori masing-masing dalam Anugerah Masjid Malaysia 2014 yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
 
Masjid Sultan Yahya Petra memenangi kategori Masjid Daerah 2014 manakala Masjid As-Salam pula dalam kategori Masjid Kariah 2014.
Najib menyampaikan ucapan dalam Majlis Perdana dan Anugerah Masjid Malaysia 2014.

Kedua-dua masjid berkenaan menewaskan empat masjid lain dalam kategorinya, sekaligus melayakkan mereka meraih hadiah wang RM100,000, sijil dan piala.

Sunday, December 22, 2013

Orang Besar Daerah rasmi Roadshow PIMPINAN Daerah Hulu Langat

Jawatan Kuasa PIMPINAN Daerah Hulu Langat bersama-sama dengan Dato' Engku Abdul Jalil b. Engku Abdul Rani, Orang besar Daerah Hulu Langat (baju biru)

Hulu Langat, 23hb Disember 2013, Roadshow PIMPINAN Daerah Hulu Langat kali ke 2 telah diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Bangi Selangor. 

Hadir merasmikan majlis ini ialah YDH Dato' Orang Kaya Maha Bijaya, Dato' Engku Abdul Jalil bin Abdul Rani, Orang Besar Daerah Hulu Langat.


Pengerusi PIMPINAN Daerah Hulu Langat Tn Hj Napiah b. Sha'rani mengalu-alukan kehadiran semua jawatan kuasa masjid.

Tuesday, December 10, 2013

Masjid As-Salam: Lokasi Penggambaran Filem Dokumentari Antarabangsa





Puchong, 11 December 2013;   Sebuah Syarikat Perfileman Antarabangsa GS Productions yang menerbit dan mengeluarkan filem produksi kepada TV Stations seluruh dunia (ABC, NHK, Discovery Channel) telah memilih Masjid As-Salam Puchong Perdana sebagai lokasi penggambaran filem dokumentari yang bertajuk “Malaysian Muslim Society”. 

Wakil bagi pihak Syarikat GS Production yang juga Assistant Producer, Ms Melisa Lim telah berhubung dengan Tuan Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam menyatakan hasrat dan memohon kebenaran untuk membuat penggambaran filem dokumentari ini.