Monday, September 2, 2013

Notis Mesyuarat Agong Tahunan PIMPINAN Negeri Selangor ke 18 (2013)

Kepada
Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat / Cawangan,
Nazir Masjid / Pengerusi Surau
Negeri Selangor

Y.Bhg. Dato’/Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGONG KE - 18

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong PIMPINAN Ke 18 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 8 September 2013 (Ahad)

Masa: 9.00pagi – 1.00 tengahari

Tempat : Dewan Seminar Masjid Negeri, Shah Alam.



2. Sehubungan dengan itu semua AJK pusat/Daerah, ahli ahli PIMPINAN Pusat/ Daerah , nazir-nazir / pihak pengurusan masjid dan pengerusi surau dijemput / diminta menghantar wakil ke Mesyuarat Agung tersebut . Setiap masjid / surau dikehendaki menghantar hantar 3 orang wakil. Jika ada sebarang usul yang hendak dibentangkan dalam mesyuarat agung tersebut sila hantar ke sekretariat tidak lewat dari 31Ogos 2013 . Sila sahkan kehadiran secara sms seperti no dibawah untuk mengelak pembaziran kerana makan minum disediakan. Tiada pemilihan dalam Mesyuarat Agung kali ini.

3. Semua Cawangan Pimpinan Daerah dihendaki memaklumkan kepada Setiausaha mengenai perubahan Jawatan Pengerusi , Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Cawangan Pimpinan Daerah masing-masing untuk rekod.

Pihak tuan juga diminta memberikan laporan aktiviti yang dijalankan pada tahun lepas dan
tahun semasa.

Sekian. Wassalam.

Yang menjalankan tugas,

Hj. Fakurruddin Bin Hj Eshak
Setiausaha Agong
PIMPINAN Negeri Selangor
hp: 012-308 1924

No comments:

Post a Comment