Friday, December 28, 2012

Thursday, December 27, 2012

Thursday, December 20, 2012

Forum di ambang 2013: Membangun Masyarakat Cemerlang - bagaimana ya ??

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

PIMPINAN hadir mesyuarat Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Se Malaysia

Mesyuarat GPPKMM sedang berlangsung
 Kuala Terengganu, 8hb Disember 2012;    Mesyuarat jawatankuasa Gabungan Persatuan Pegawai dan kakitangan Masjid Se Malaysia telah berlangsung di Sumai Suite Hotel Kuala Terengganu pada 7 ~ 8 Disember 2012.

PIMPINAN Negeri Selangor telah diwakili oleh Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN, Hj Fakurruddin Eshak, SU Agong dan En Shamsuri b. Abdullah, PSU.

Monday, December 17, 2012

YDP PIMPINAN rasmi Karnival Kemanusiaan Tangisan Gaza

Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN Negeri Selangor sedang menyampaikan ucapan  dan merasmikan Karnival
Puchong, 1hb Disember 2012, Karnival Kemanusiaan Tangisan Gaza telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana dengan jayanya. Program Karnival ini adalah usaha sama 4 pihak iaitu Masjid As-Salam Puchong Perdana, PIMPINAN Negeri Selangor, MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) dan Kolej Astin, Puchong.

Karnival Kemanusiaan Tangisan Gaza ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor merangkap Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana. Dalam ucapan perasmiannya, beliau memaklumkan bahawa objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyebarkan maklumat mengenai projek Penubuhan Hospital Kanak-kanak dan Wad bersalin di Gaza bagi memudahkan rakyat palestin mendapatkan rawatan.

Roadshow PIMPINAN Pusat di Daerah Hulu Selangor

YDP PIMPINAN bergambar bersama-sama dengan jawatankuasa PIMPINAN Daerah Hulu Selangor

Kursus SPIES untuk belia - Percuma !!!


Tuesday, December 11, 2012

PIMPINAN Pusat anjur Program Bual Bicara di Daerah Kuala Langat

Tn Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN Negeri Selangor dan Ustaz Roslan Mohammad  menjadi tetamu Program Bual Bicara.

Kuala Langat, 10hb December 2012, Program Bual Bicara anjuran PIMPINAN Negeri Selangor telah berjaya di adakan di Masjid Ar-Rahmaniah, Kg Sunagi Lang Baru, Banting, Kuala Langat. Ini merupakan program pertama PIMPINAN Daerah Kuala Langat setelah selesai mesyuarat agong yang baru diadakan baru-baru ini.

Program Bual Bicara kali ini menampilkan Ustaz Roslan Mohammad, Pensyarah Kanan Universiti Malaya dan moderatornya ialah Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor. Selaras dengan objektif PIMPINAN, tajuk dalam Bual Bicara ini ialah Peranan Institusi masjid dalam Masyarakat Kontemporari, Realiti, Cabaran dan Harapan.