Tuesday, November 27, 2012

Roadshow PIMPINAN Negeri di Daerah Kuala Langat


Banting, 24 November 2012, Roadshow PIMPINAN Negeri Selangor Daerah Kuala Langat telah diadakan di Masjid Jamek As-Solihin, Kanchong Darat Banting Kuala Langat Sabtu lalu. Majlis yang dihadiri oleh Nazir, Imam dan AJK Masjid-masjid Daerah Kuala Langat telah di rasmikan oleh Orang Besar Daerah Kuala Langat iaitu YDH Raja Dato' Hj Uzair bin Tengku Zainon Rashid Shah Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya.

Program Bual Bicara Bersama Ustaz Roslan Mohamed

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Tuesday, November 20, 2012

Thursday, November 15, 2012

10 amalan terbalik yang tidak disedari



Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

Saturday, November 10, 2012

Sunday, November 4, 2012

Roadshow PIMPINAN di Daerah Petaling terus berjalan

Sebahagian ajk surau yang hadir mendengar Taklimat daripada YDP PIMPINAN
Puchong, 3 November 2012, Satu taklimat Hala Tuju PIMPINAN kepada surau-surau di Kawasan Puchong (Daerah Petaling) telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana. Seramai 60 orang ajk surau dari berbagai peringkat telah hadir di majlis ini.

Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor, Tn Hj Yasim Mohamed, telah menyampaikan taklimat dan penerangan kepada semua peserta. 

Thursday, November 1, 2012

Masjid As-Salam Puchong Perdana Bangun Kembali Peranan Pusat Islam


Masjid As-Salam Puchong Perdana
Institusi Pilihan

Masjid As-Salam Puchong Perdana Bangun Kembali Peranan Pusat Islam. Namun, bukan hanya zahir yang boleh dibanggakan. Pengisian dan pengimarahan yang dilaksanakan membuatkan ia tersergam sebagai mercu tanda Daerah Puchong.

Jika disingkap sejarah silam tentang peradaban Islam, tentunya kita tidak akan terlepas pandang kepada institusi masjid yang pasti wujud dalam setiap zaman. Masjid berperanan besar dalam setiap pemerintahan menjadi  centre atau pusat bagi umat Islam.

Bahkan, kita seringkali dihadamkan bahawa Rasulullah s.a.w meletakkan masjid sebagai nadi masyarakat Muslim di sesebuah kawasan atau tempat. Menjadi pusat segala keilmuan dan muamalat sehingga menjadi mercu tanda kegemilangan Islam.

Kongres Pengubatan Islam Nusantara

Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas