Monday, October 29, 2012

PIMPINAN menggesa elaun Pegawai Masjid dinaikkan

PETALING JAYA, 25 Oktober 2012 – Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor (PIMPINAN)  menggesa pihak kerajaan supaya menaikkan elaun pegawai-pegawai masjid di negeri Selangor.

Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor, Tn Hj Yasim Mohamed berkata, pihaknya melihat elaun yang diberikan kepada pegawai masjid setakat ini tidak setanding dengan bidang tugas  yang mereka lakukan.



Menurutnya, kebajikan anggota masjid khususnya pegawai masjid  ini perlu dijaga kerana peranan mereka dalam masyarakat sangat besar khususnya dalam menjaga dan menangani isu gejala sosial yang semakin bertambah dan mencabar.

Tuesday, October 23, 2012

Jadikan Masjid "One Stop Center"



PUCHONG, 13 Okt 2012 - Jawatankuasa Masjid As-Salam Puchong Perdana atau dikenali sebagai Masjid Terapong, di sini berhasrat menjadikan pusat ibadat itu "One Stop Center" merangkumi pelbagai bidang.

Nazir Masjid berkenaan Tuan Haji Yasim Mohamed berkata, sejajar dengan itu, pihaknya bakal menganjurkan satu karnival produk halal secara besar-besaran pada penggal pertama tahun hadapan.

Katanya, peniaga digalakkan bersedia untuk acara berkenaan bagi mendapatkan menafaat, malah ia turut memberi kebaikan kepada pembangunan ekonomi masjid.

Sunday, October 21, 2012

Sesi Dialog Bersama Yang Dipertua PIMPINAN Negeri


Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan

Roadshow PIMPINAN Negeri di Cawangan Daerah Petaling

Sebahagian ahli PIMPINAN yang hadir dalam perjumpaan dengan PIMPINAN  Negeri

Puchong, 20 Okt 2012;  Roadshow PIMPINAN Negeri peringkat Daerah Petaling telah berjaya diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana Sabtu lalu. Seramai 58 orang anggota masjid yang terdiri daripada Nazir/ Pengerusi, Imam, AJK Masjid/ surau serta Penolong Pendaftar Nikah telah hadir di perjumpaan ini.

Program Roadshow PIMPINAN Peringkat Daerah Petaling ini telah dirasmikan oleh Orang Besar Daerah Petaling iaitu Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Datuk Emran b. Abdul Kadir. Dalam ucapannya beliau menyatakan sokongan penuh kepada aktiviti PIMPINAN dalam usaha untuk meningkatkan prestasi pengurusan masjid dan surau serta melihat hal-hal  kebajikan anggota jawatankuasa masjid terpelihara dan dijaga.

Saturday, October 20, 2012

Tuesday, October 16, 2012

KARNIVAL IMARAH MASJID 2012, Penghubung Jalinan Akrab Antara Masyarakat & Masjid

Tn Hj Yasim Mohamed (berbaju biru) menerima sumbangan buku dari Datuk Abdul Jalil Ali daripada Kumpulan Media Karagkraf

Mohd Azli Mohd Ali
Majalah i (Oktober 2012)

Masjid bukan saja dijadikan tempat beribadat dan membaca al-Quran semata-mata, tetapi ia juga perlu dilihat sebagai pusat kegiatan masyarakat dalam aspek pendidikan, kemasyarakatan dan kebajikan serta berperanan sebagai sumber pertumbuhan harta-harta wakaf yang selanjutnya memantapkan lagi fungsi tradisi masjid sebagai pusat dakwah, pembangunan ilmu dan sains Islam.

Rentetan daripada itu, melihat betapa pentingnya untuk kita mengimarah dan memakmurkan masjid, Grup Buku Karangkraf dengan kerjasama daripada Majalah i dan Masjid As-Salam Puchong Perdana telah melancarkan Program Imarah Masjid 2012. Program selama satu hari ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat daripada semua peringkat usia untuk berkunjung ke masjid yang penuh dengan pelbagai aktiviti dianjurkan.

Sunday, October 14, 2012

Ibadah Qurban: Hikmah & Pengenalan


Hikmah-hikmah ibadah Qurban
  • Melatih diri untuk berkorban untuk perkara kebaikan
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak
  • Tanda kesyukuran di atas nikmat pemberian Allah
  • Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
  • Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat
  • Mengembirakan fakir miskin dengan pemberian daging Qurban
  • Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam

Wednesday, October 10, 2012

PIMPINAN Pusat menganjur Program Motivasi untuk Remaja

YDP PIMPINAN bergambar bersama-sama dengan peserta Program Motivasi remaja


Kelana Jaya, 7 Okt 2012;  PIMPINAN Negeri Selangor dengan kerjasama Gerak Bistari telah mengadakan Program Motivasi Remaja bertempat di Sekolah Kafa Integrasi Al-Hidayah Kelana Jaya.

Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada anak-anak keluarga yang tidak berkemampuan telah menyertai program motivasi ini. 

Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor telah hadir merasmikan program ini bersama-sama dengan Tn Hj Fakurruddin b. Eshak, Setiausaha Agong PIMPINAN.



Sunday, October 7, 2012

Roadshow PIMPINAN di Daerah Klang berjalan lancar

Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor membentangkan  Hala Tuju dan berdialog dengan  ahli PIMPINAN Cawangan Daerah Klang


Klang, 6 Okt 2012;  Majlis Tazkirah dan Roadshow PIMPINAN Pusat bagi Daerah Klang telah berjaya diadakan di Dewan Serbaguna Masjid India Muslim Tengku Kelana Klang pada Ahad semalam. Ahli Jawatankuasa PIMPINAN Pusat yang hadir pada Roadshow ini ialah Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN, Tn Hj Fakurruddin b. Hj Eshak, Setiausaha Agong dan En Shamsuri b. Abdullah, Penolong S/U.

Program Roadshow PIMPINAN di Daerah Klang ini telah dirasmikan oleh Yg Bhg Ustaz Azrun bin Tumiran, Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau, Pejabat Agama Islam Daerah Klang. 

Thursday, October 4, 2012

Objektif PIMPINAN

Mengikut Fasal 3, Perlembagaan PIMPINAN, Objektif ditubuhkan adalah untuk tujuan:
  1. Menghubungkan silaturrahim dan berkenalan di antara ahli-ahli PIMPINAN dari semua masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor.
  2. Memaju dan meninggikan ilmu pengetahuan serta usaha-usaha dakwah Islamiah dikalangan ahli-ahli dan masyarakat Islam seluruh Negeri Selangor.
  3. Menyatupadukan tenaga dan daya usaha serta semangat demi kemajuan agama Islam berdasarkan aqidah Ahli sunnah Wal-Jamaah untuk kebajikan ahli-ahli dan masyarakat Islam di Negeri Selangor.
  4. Bekerjasama dengan pihak yang berkuasa dan mana-mana individu, persatuan dan badan-badan yang bercorak dakwah dan kebajikan yang bukan politik dalam uasaha mengembangkan dakwah Islamiah di seluruh Negeri Selangor.
  5. Berusaha melaksanakan kewajipan bagi menegakkan perkara-perkara yang maaruf dan mencegah perkara-perkar yang mungkar.
  6. Berusaha memelihara hak, faedah dan kebajikan ahli-ahli PIMPINAN.
  7. Berusaha memperbaiki taraf hidup ahli-ahli.

Galeri Photo 2

AJK PIMPINAN Daerah Hulu Langat bersama-sama dengan Tn Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN  dan YDH  Dato' Engku Abdul Jalil b. Abdul Rani, Orang Besar Daerah Hulu Langat




Program Roadshow

Roadshow PIMPINAN Cawangan Daerah Petaling di Masjid As-Salam Puchong Perdana pada 20/10/2012

Masjid As-Salam Puchong Perdana











___________________________________________________________________


Roadshow PIMPINAN Daerah Klang pada 6/10/2012

Masjid India Muslim Tengku Kelana Klang

Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor membuat pembentangan Hala tuju






Program Semasa




Perjumpaan dan Taklimat Hala Tuju PIMPINAN Cawangan/ Daerah Kuala Langat

Tarikh:   24/11/2012  (Sabtu)

Masa  :  12:00 t/hari ~ 5:00 ptg

Tempat :  Masjid Jamek As-Solihin, Kanchong Darat
               Banting, Kuala Langat

Peserta:

1. Nazir-Nazir Masjid Daerah Kuala Langat
2. Pengerusi-Pengerusi Surau Daerah Kuala Langat
3. AJK Masjid / Surau Daerah Kuala Langat



Mantan YDP PIMPINAN

Mantan  YDP PIMPINAN Negeri Selangor


YDP PIMPINAN Sesi 1996 ~ 2010


 
Allahyarham Dato' Hj Mohd Talha b. Hj Abd Rahman 
(Mantan Nazir Masjid Al-Ubudiah, Seksyen 19, Shah Alam)

 ___________________________________________________     
 
YDP PIMPINAN Sesi 2010 ~ 2012


Dato' Seri Hj Syed Zainal Abidin b. Syed Mohd Tahir 
(Nazir Masjid Al-Falah USJ 9)

                 _______________________________________________________________


YDP PIMPINAN Sesi 2012 ~ 2014
 
 
                                                        
Tn Hj Yasim b. Mohamed 
(Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana)

Wednesday, October 3, 2012

Program Keagamaan di Selangor Rancak Bawah PR

Ust Ahmad Mustafa b. Mohd Sidin, Imam Besar Masjid Negeri Shah Alam
SHAH ALAM 23 SEPT:   Di bawah Pakatan Rakyat (PR) program-program keagamaan dilihat bertambah rancak di Selangor. Lebih membanggakan ia semakin mendapat sambutan masyarakat umum, khususnya golongan muda secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Kejayaan tersebut disifatkan berpunca dari hasil pendekatan dan kerjasama erat antara golongan agamawan dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Demikian menurut Imam Besar Masjid Negeri Selangor, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin dalam satu wawancara eksklusif dengan TV Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini.

Monday, October 1, 2012

Masjid: Antara Syiar dan Tujuan



Pembinaan masjid begitu signifikan dalam sejarah umat Islam. Malah kita sedia maklum, perkara pertama yang Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam (SAW) pilih untuk pertama sekali disegerakan adalah pembinaan masjid. 

Kemudiannya kita melihat dalam susur galur sirah nabawiyyah, masjid tersebut telah menjadi lebih daripada tempat solat, tetapi juga tempat bermuzakarah, tempat merancang strategi peperangan, tempat ilmu dan sebagainya.

Setelah kurun demi kurun berlalu, sudah semacam menjadi kebiasaan kita untuk membina masjid di mana sahaja tempat yang mempunyai komuniti muslim. Muncullah berbagai-bagai bentuk, pelbagai kubah dan menara. Sampai setiap satu membawa simbolik yang cukup mengkagumkan.

Imarah Masjid: Masjid As-Salam anjur Program lain dari yang lain

Tn Hj Yasim Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana
SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
Wartawan Sinar Harian
21 September 2012

Imarah Masjid

Sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, perkara pertama dilakukan ialah membina masjid. Bersama kaum muhajirin Baginda membina rumah ibadat orang Islam yang pertama iaitu Masjid Quba'. Di situlah pusat ibadat dan dalam masa yang sama berfungsi sebagai pusat pengembangan ilmu, selain menyebarkan dakwah Islamiah.

Namun, hari ini masjid hanya menjadi tempat persinggahan untuk bersolat, langsung mengenepikan hakikat sebenar bahawa fungsi masjid adalah lebih dari itu.

Menyedari kekurangan tersebut, sekali gus memahami konsep pembinaan masjid sebagaimana zaman Rasullullah SAW, jawatankuasa Masjid As-Salam Puchong Perdana aktif menggerakkan program-program mengimarahkan masjid berkenaan dengan pelbagai aktiviti.

Tidak hairan masjid ini pernah diangkat sebagai ikon dan model kepada masjid-masjid lain melalui Anugerah Masjid Terbaik seluruh Selangor bagi tahun 2011.