Thursday, September 12, 2013

Mesyuarat Agong PIMPINAN 2013 pemacu Hala Tuju Persatuan



Shah Alam, 10hb September 2013; Mesyuarat Agong Tahunan PIMPINAN Negeri Selangor 2013 telah berjaya diadakan di Dewan Seminar Masjid Negeri Shah Alam pada Ahad lepas. Seramai hampir 100 orang perwakilan daripada masjid-masjid seluruh daerah di negeri Selangor hadir dalam mesyuarat agong tersebut.

Orang Besar Daerah Petaling, Orang Kaya Maha Bijaya Dato' Hj Emran Abdul Kadir hadir merasmikan Mesyuarat Agong ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Dato' Hj Emran menyarankan agar PIMPINAN menjadikan masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor sebagai institusi yang boleh menyatupadukan umat melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan yang melibatkan semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Menyentuh peranan masjid dan surau, beliau bersetuju tentang perlunya masjid dan surau melihat semula peranan mereka yang selama ini tertumpu kepada pembangunan pembaikan masjid dan surau semata-mata tanpa melihat kepada pembangunan sosial dan masyarakat disekeliling.

Mungkin kini sudah sampai masanya masjid dan surau memainkan peranan sebagai pusat anjakan paradigma bagi masyarakat sekeliling supaya dapat memasjidkan masyarakat dan memasyarakatkan masjid.

Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor menegaskan PIMPINAN sebagai sebuah organisasi NGO Islam mewakili seluruh masjid di Negeri Selangor bertanggungjawab memperjuangkan kebajikan ahlinya dan seterusnya meningkatkan lagi syiar Islam di Selangor.

PIMPINAN boleh menjadi saluran perhubungan penting dan berkesan di antara masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negeri Selangor dengan MAIS dan JAIS. Jika ini dapat direalisasikan ia akan menjadi benteng yang teguh bagi meningkatkan syiar Islam di Selangor dan menangani sebarang isu menyentuh kesucian agama Islam di Malaysia amnya khususnya di Negeri Selangor.

Hasrat utama PIMPINAN adalah untuk melihat masjid-masjid dan surau-surau di negeri Selangor ini bergabung dan menyertai keahlian PIMPINAN dengan segera.

Datuk Emran menyampaikan ucapan perasmian
Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN bersalaman menemui ahli-ahli persatuan
Hj Napiah Saarani, Pengerusi PIMPINAN Daerah Kuala Langat membacakan doa majlis.









1 comment:

  1. The Gaming Experience | DRMCD
    The Gaming Experience. 화성 출장안마 CasinoGaming. 창원 출장샵 Gaming Experience. The best and most 태백 출장안마 trusted entertainment 논산 출장마사지 provider in the industry, offering fast-growing live casino 서울특별 출장안마 games, ‎Contact Us · ‎Gaming

    ReplyDelete