Sunday, December 22, 2013

Orang Besar Daerah rasmi Roadshow PIMPINAN Daerah Hulu Langat

Jawatan Kuasa PIMPINAN Daerah Hulu Langat bersama-sama dengan Dato' Engku Abdul Jalil b. Engku Abdul Rani, Orang besar Daerah Hulu Langat (baju biru)

Hulu Langat, 23hb Disember 2013, Roadshow PIMPINAN Daerah Hulu Langat kali ke 2 telah diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat Bangi Selangor. 

Hadir merasmikan majlis ini ialah YDH Dato' Orang Kaya Maha Bijaya, Dato' Engku Abdul Jalil bin Abdul Rani, Orang Besar Daerah Hulu Langat.


Pengerusi PIMPINAN Daerah Hulu Langat Tn Hj Napiah b. Sha'rani mengalu-alukan kehadiran semua jawatan kuasa masjid.

Kemuncak majlis ini ialah ucaptama oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor. Dalam ucapannya beliau menggesa kepada semua jawatan kuasa masjid supaya menjadikan PIMPINAN sebagai wadah dalam memperjuangkan hal-hal kebajikan ahli yang terdiri daripada jawatan kuasa masjid dan surau di seluruh negeri Selangor.

Didalam majlis ini juga ahli-ahli berpeluang berdialong dengan YDP PIMPINAN tentang urusan hala tuju dan perancangan PIMPINAN di masa yang akan datang.


Majlis berakhir dengan jamuan tengah hari.









Perbincangan khusus antara YDP PIMPINAN dan Orang Besar Daerah di akhir majlis.

No comments:

Post a Comment