Wednesday, December 4, 2013

Program 3 Masjid bersama PIMPINAN

Program 3 Masjid telah diadakan pada 30hb November 2013 di kawasan lapang bersebelahan Eon Big, Puchong Utama. Program ini adalah gabungan bersama Masjid As-Salam Puchong Perdana, Masjid Asy- Syakirin Puchong Utama, Masjid Bandar Bukit Puchong dan PIMPINAN Negeri Selangor.


Program yang bermula jam 8.30 malam dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, diikuti dengan bicara santai oleh Shuib Raja Lawak dengan Imam Muda Aran. Majlis diteruskan dengan acara perasmian oleh YB Ustaz Salihin Muhyi, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor. 

Kemuncak program adalah forum perdana yang bertajuk Senyum dan Tangis yang mengupas isu kekeluargaan, kemasyarakatan dan perpaduan ummah. 

Ahli panel jemputan ialah Yg Bhg Ust Badlishah Alaudin,Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, Yg Bhg Prof Dr. Sharifah Hayati Syed Ismail, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan moderatornya ialah Yg Bhg Tn Hj Yassim Muhamad, Nazir Masjid As-Salam, Puchong Perdana.


Tetamu jemputan yang hadir selain Yg Berhormat Ustaz Salihin Muhyi ialah, Ust Mohd Afifi Muhamad wakil dari Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Tuan ASP Mohd Zailan Abdullah wakil IPD Subang Jaya, Tuan Haji Sharif Hj Iskandar, Ketua Kampung Bt 14 Puchong, nazir-nazir masjid dan pimpinan masyarakat disekitar Puchong.  

Dianggarkan 1,000 orang telah menghadiri program ini yang terdiri dari kalangan masyarakat setempat.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini dengan jayanya.

Terima kasih

Disediakan Oleh:
Zul Bahri Hj Ekhsan
Pengarah
Program 3 Masjid












No comments:

Post a Comment