Thursday, July 4, 2013

Jakim dan GPPKMM anjur Seminar Pengurusan Masjid di ILIM Bangi



Bangi, 25hb Jun 2013, Seminar Pengurusan Masjid sempena Mesyuarat Agong  Tahunan Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Se Malaysia, GPPKMM anjuran JAKIM dengan kerjasama GPPKMM telah di adakan pada 23 & 24 Jun 2013 di Institiut Latihan Islam Malaysia, ILIM Bangi Selangor. 

Seramai 180 orang pegawai dan kakitangan masjid dari negeri-negeri seluruh Malaysia hadir di Seminar ini. Dua kertas kerja telah dibentangkan.

Kertas kerja yang pertama bertajuk "Memperkasa Institusi Masjid: Pengalaman Masjid As-Salam Puchong Perdana) telah di bentangkan oleh Hj Yasim Mohamed, Yang DiPertua PIMPINAN Negeri Selangor merangkap Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Kertas kerja yang kedua bertajuk "Komunikasi Berkesan" telah dibentangkan oleh Prof Madya Dr Abdul Mua'ti bin Ahmad, Ketua Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra malaysia Serdang Selangor.

Sempena dengan Seminar ini juga, GPPKMM telah mengadakan mesyuarat agong tahunan yang melibatkan semua ahli-ahli perwakilan daripada negeri-negeri yang bergabung dalam persatuan.

Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN Negeri Selangor membuat pembentangan untuk kertas yang pertama








Hj Ahmad Mukhtar b. Hamzah dari Negeri Perak mengambil bahagian dalam  sesi soal jawab kertas pertama

Hj Damahuri b. Hj Hashim dari Melaka mengemukakan soalan dan cadangan pada sesi pertama

No comments:

Post a Comment