Sunday, July 28, 2013

Program Amal di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah Puchong


Seramai lebih kurang 45 orang anak-anak Rumah Kebajikan Baitul Hidayah telah diraikan oleh pelajar Kolej Astin dalam satu program Amal pada 27hb. Julai 2013 yang telah dianjurkan oleh PIMPINAN dengan kerjasama UNITEN dan ASTIN College yang melibatkan seramai lebih kurang 45 pelajar ASTIN COLLEGE.

Bermula seawal jam 10 pagi sehinggalah waktu berbuka puasa, pelbagai aktiviti bersama telah diadakan seperti "story-telling", "lab experiment", "puppet show" dan "rebut kerusi". Gotong royong membersihkan kawasan rumah juga diadakan awal pagi.

Pelbagai sumbangan telah diserahkan termasuk pelbagai makanan asas seperti gula, susu tepung, susu pekat, sabun basuh, shampoo, peti kecemasan dan "selimut totto". Tidak ketinggalan sumbangan wang lebih kurang RM1,000.00 telah diserahkan hasil kutipan derma daripada pelajar ASTIN COLLEGE.

Program ini juga melibatkan penyertaan daripada bukan Islam yang beragama Hindu dan Kristian.

Program diakhiri dengan tajaan berbuka puasa dan solat maghrib secara berjamaah. Sebelum berpisah aktiviti bermain bunga api dengan anak-anak kecil diadakan untuk memeriahkan suasana.

Laporan oleh:
SHAMSURI ABDULLAH
BIRO DAKWAH DAN BELIA

















No comments:

Post a Comment