Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas |
Friday, December 28, 2012
Thursday, December 27, 2012
Thursday, December 20, 2012
PIMPINAN hadir mesyuarat Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Se Malaysia
Mesyuarat GPPKMM sedang berlangsung |
PIMPINAN Negeri Selangor telah diwakili oleh Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN, Hj Fakurruddin Eshak, SU Agong dan En Shamsuri b. Abdullah, PSU.
Monday, December 17, 2012
YDP PIMPINAN rasmi Karnival Kemanusiaan Tangisan Gaza
Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN Negeri Selangor sedang menyampaikan ucapan dan merasmikan Karnival |
Puchong, 1hb Disember 2012, Karnival Kemanusiaan Tangisan Gaza telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana dengan jayanya. Program Karnival ini adalah usaha sama 4 pihak iaitu Masjid As-Salam Puchong Perdana, PIMPINAN Negeri Selangor, MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) dan Kolej Astin, Puchong.
Karnival Kemanusiaan Tangisan Gaza ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor merangkap Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana. Dalam ucapan perasmiannya, beliau memaklumkan bahawa objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyebarkan maklumat mengenai projek Penubuhan Hospital Kanak-kanak dan Wad bersalin di Gaza bagi memudahkan rakyat palestin mendapatkan rawatan.
Sunday, December 16, 2012
Wednesday, December 12, 2012
Tuesday, December 11, 2012
PIMPINAN Pusat anjur Program Bual Bicara di Daerah Kuala Langat
Tn Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN Negeri Selangor dan Ustaz Roslan Mohammad menjadi tetamu Program Bual Bicara. |
Kuala Langat, 10hb December 2012, Program Bual Bicara anjuran PIMPINAN Negeri Selangor telah berjaya di adakan di Masjid Ar-Rahmaniah, Kg Sunagi Lang Baru, Banting, Kuala Langat. Ini merupakan program pertama PIMPINAN Daerah Kuala Langat setelah selesai mesyuarat agong yang baru diadakan baru-baru ini.
Program Bual Bicara kali ini menampilkan Ustaz Roslan Mohammad, Pensyarah Kanan Universiti Malaya dan moderatornya ialah Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor. Selaras dengan objektif PIMPINAN, tajuk dalam Bual Bicara ini ialah Peranan Institusi masjid dalam Masyarakat Kontemporari, Realiti, Cabaran dan Harapan.
Tuesday, November 27, 2012
Roadshow PIMPINAN Negeri di Daerah Kuala Langat
Banting, 24 November 2012, Roadshow PIMPINAN Negeri Selangor Daerah Kuala Langat telah diadakan di Masjid Jamek As-Solihin, Kanchong Darat Banting Kuala Langat Sabtu lalu. Majlis yang dihadiri oleh Nazir, Imam dan AJK Masjid-masjid Daerah Kuala Langat telah di rasmikan oleh Orang Besar Daerah Kuala Langat iaitu YDH Raja Dato' Hj Uzair bin Tengku Zainon Rashid Shah Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya.
Friday, November 23, 2012
Tuesday, November 20, 2012
Thursday, November 15, 2012
10 amalan terbalik yang tidak disedari
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan
menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati
amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan
dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.Perhatikan apa yang dipaparkan
dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
Tuesday, November 13, 2012
Saturday, November 10, 2012
Wednesday, November 7, 2012
Sunday, November 4, 2012
Roadshow PIMPINAN di Daerah Petaling terus berjalan
Sebahagian ajk surau yang hadir mendengar Taklimat daripada YDP PIMPINAN |
Puchong, 3 November 2012, Satu taklimat Hala Tuju PIMPINAN kepada surau-surau di Kawasan Puchong (Daerah Petaling) telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana. Seramai 60 orang ajk surau dari berbagai peringkat telah hadir di majlis ini.
Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor, Tn Hj Yasim Mohamed, telah menyampaikan taklimat dan penerangan kepada semua peserta.
Thursday, November 1, 2012
Masjid As-Salam Puchong Perdana Bangun Kembali Peranan Pusat Islam
Masjid As-Salam Puchong Perdana |
Institusi
Pilihan
Masjid As-Salam Puchong Perdana Bangun Kembali Peranan Pusat Islam. Namun, bukan hanya zahir yang boleh dibanggakan. Pengisian dan pengimarahan
yang dilaksanakan membuatkan ia tersergam sebagai mercu tanda Daerah Puchong.
Jika
disingkap sejarah silam tentang peradaban Islam, tentunya kita tidak akan
terlepas pandang kepada institusi masjid yang pasti wujud dalam setiap zaman.
Masjid berperanan besar dalam setiap pemerintahan menjadi centre atau pusat bagi umat
Islam.
Bahkan,
kita seringkali dihadamkan bahawa Rasulullah s.a.w meletakkan masjid sebagai
nadi masyarakat Muslim di sesebuah kawasan atau tempat. Menjadi pusat segala
keilmuan dan muamalat sehingga menjadi mercu tanda kegemilangan Islam.
Monday, October 29, 2012
PIMPINAN menggesa elaun Pegawai Masjid dinaikkan
PETALING JAYA, 25 Oktober 2012 – Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor (PIMPINAN) menggesa pihak kerajaan supaya menaikkan elaun pegawai-pegawai masjid di negeri Selangor.
Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor, Tn Hj Yasim Mohamed berkata, pihaknya melihat elaun yang diberikan kepada pegawai masjid setakat ini tidak setanding dengan bidang tugas yang mereka lakukan.
Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor, Tn Hj Yasim Mohamed berkata, pihaknya melihat elaun yang diberikan kepada pegawai masjid setakat ini tidak setanding dengan bidang tugas yang mereka lakukan.
Menurutnya, kebajikan anggota masjid khususnya pegawai masjid ini perlu dijaga kerana peranan mereka dalam masyarakat sangat besar khususnya dalam menjaga dan menangani isu gejala sosial yang semakin bertambah dan mencabar.
Saturday, October 27, 2012
Tuesday, October 23, 2012
Jadikan Masjid "One Stop Center"
PUCHONG, 13 Okt 2012 - Jawatankuasa Masjid As-Salam Puchong Perdana atau dikenali sebagai Masjid Terapong, di sini berhasrat menjadikan pusat ibadat itu "One Stop Center" merangkumi pelbagai bidang.
Nazir Masjid berkenaan Tuan Haji Yasim Mohamed berkata, sejajar dengan itu, pihaknya bakal menganjurkan satu karnival produk halal secara besar-besaran pada penggal pertama tahun hadapan.
Nazir Masjid berkenaan Tuan Haji Yasim Mohamed berkata, sejajar dengan itu, pihaknya bakal menganjurkan satu karnival produk halal secara besar-besaran pada penggal pertama tahun hadapan.
Katanya, peniaga digalakkan bersedia untuk acara berkenaan bagi mendapatkan menafaat, malah ia turut memberi kebaikan kepada pembangunan ekonomi masjid.
Sunday, October 21, 2012
Roadshow PIMPINAN Negeri di Cawangan Daerah Petaling
Saturday, October 20, 2012
Friday, October 19, 2012
Tuesday, October 16, 2012
KARNIVAL IMARAH MASJID 2012, Penghubung Jalinan Akrab Antara Masyarakat & Masjid
Tn Hj Yasim Mohamed (berbaju biru) menerima sumbangan buku dari Datuk Abdul Jalil Ali daripada Kumpulan Media Karagkraf |
Mohd Azli Mohd Ali
Majalah i (Oktober 2012)
Masjid bukan saja dijadikan tempat beribadat dan membaca al-Quran semata-mata, tetapi ia juga perlu dilihat sebagai pusat kegiatan masyarakat dalam aspek pendidikan, kemasyarakatan dan kebajikan serta berperanan sebagai sumber pertumbuhan harta-harta wakaf yang selanjutnya memantapkan lagi fungsi tradisi masjid sebagai pusat dakwah, pembangunan ilmu dan sains Islam.
Rentetan daripada itu, melihat betapa pentingnya untuk kita mengimarah dan memakmurkan masjid, Grup Buku Karangkraf dengan kerjasama daripada Majalah i dan Masjid As-Salam Puchong Perdana telah melancarkan Program Imarah Masjid 2012. Program selama satu hari ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat daripada semua peringkat usia untuk berkunjung ke masjid yang penuh dengan pelbagai aktiviti dianjurkan.
Sunday, October 14, 2012
Ibadah Qurban: Hikmah & Pengenalan
Hikmah-hikmah ibadah Qurban
- Melatih diri untuk berkorban untuk perkara kebaikan
- Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak
- Tanda kesyukuran di atas nikmat pemberian Allah
- Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
- Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat
- Mengembirakan fakir miskin dengan pemberian daging Qurban
- Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam
Wednesday, October 10, 2012
PIMPINAN Pusat menganjur Program Motivasi untuk Remaja
Monday, October 8, 2012
Sunday, October 7, 2012
Roadshow PIMPINAN di Daerah Klang berjalan lancar
Saturday, October 6, 2012
Thursday, October 4, 2012
Objektif PIMPINAN
Mengikut Fasal 3, Perlembagaan PIMPINAN, Objektif ditubuhkan adalah untuk tujuan:
- Menghubungkan silaturrahim dan berkenalan di antara ahli-ahli PIMPINAN dari semua masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor.
- Memaju dan meninggikan ilmu pengetahuan serta usaha-usaha dakwah Islamiah dikalangan ahli-ahli dan masyarakat Islam seluruh Negeri Selangor.
- Menyatupadukan tenaga dan daya usaha serta semangat demi kemajuan agama Islam berdasarkan aqidah Ahli sunnah Wal-Jamaah untuk kebajikan ahli-ahli dan masyarakat Islam di Negeri Selangor.
- Bekerjasama dengan pihak yang berkuasa dan mana-mana individu, persatuan dan badan-badan yang bercorak dakwah dan kebajikan yang bukan politik dalam uasaha mengembangkan dakwah Islamiah di seluruh Negeri Selangor.
- Berusaha melaksanakan kewajipan bagi menegakkan perkara-perkara yang maaruf dan mencegah perkara-perkar yang mungkar.
- Berusaha memelihara hak, faedah dan kebajikan ahli-ahli PIMPINAN.
- Berusaha memperbaiki taraf hidup ahli-ahli.
Galeri Photo 2
Program Roadshow
Roadshow PIMPINAN Cawangan Daerah Petaling di Masjid As-Salam Puchong Perdana pada 20/10/2012
Masjid As-Salam Puchong Perdana |
___________________________________________________________________
Roadshow PIMPINAN Daerah Klang pada 6/10/2012
Masjid India Muslim Tengku Kelana Klang |
Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor membuat pembentangan Hala tuju |
Subscribe to:
Posts (Atom)