Monday, December 17, 2012

YDP PIMPINAN rasmi Karnival Kemanusiaan Tangisan Gaza

Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN Negeri Selangor sedang menyampaikan ucapan  dan merasmikan Karnival
Puchong, 1hb Disember 2012, Karnival Kemanusiaan Tangisan Gaza telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana dengan jayanya. Program Karnival ini adalah usaha sama 4 pihak iaitu Masjid As-Salam Puchong Perdana, PIMPINAN Negeri Selangor, MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) dan Kolej Astin, Puchong.

Karnival Kemanusiaan Tangisan Gaza ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor merangkap Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana. Dalam ucapan perasmiannya, beliau memaklumkan bahawa objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyebarkan maklumat mengenai projek Penubuhan Hospital Kanak-kanak dan Wad bersalin di Gaza bagi memudahkan rakyat palestin mendapatkan rawatan.

Dengan adanya karnival yang sebegini, orangramai berpeluang mendapat maklumat yang jelas dan ini dapat membangkit kesedaran selain memupuk sifat tanggungjawab di kalangan umat Islam dan juga bangsa-bangsa lain mengenai kesusahan dan penderitaan yang sedang dialami rakyat Palestin di Gaza.

Karnival ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat awam untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan ikhlas kepada penduduk Gaza yang menderita akibat kekejaman rejim Zionist Israel.

Diantara aktiviti yang diadakan disepanjang karnival ini adalah seperti pameran, derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kemanusiaan, kayuhan amal, sukaneka, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan tarik tali dan kemuncaknya ialah Konsert Kumpulan Rabbani dan Gabungan Kumpulan-kumpulan Nasyid tempatan.

Disamping itu gerai-gerai jualan juga disediakan untuk usahawan-usahawan yang berminat dalam menghulur bantuan kepada Tabung Gaza.


Hj Yasim Mohamed, "memukul gong" merasmikan Karnival Kemanusiaan ini

Sebahagian orang ramai yang hadir pada malam persembahan Kumpulan Rabbani





Gerai-gerai jualan disediakan untuk kemudahan pengunjung




Hj Azmi Ghani, Timbalan Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana menyerahkan cheque sumbangan orangramai kepada wakil MAPIM dan diperhatikan oleh Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN Negeri Selangor





Gabungan Kumpulan nasyid tempatan yang mengambil bahagian

2 comments:

  1. Tahniah atas penganjuran ini. Teruskan pada masa yang lain.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah, Tahniah. Maaf x dapat bersama kerana ada acara lain di luar negara.

    ReplyDelete