Sunday, October 14, 2012

Ibadah Qurban: Hikmah & Pengenalan


Hikmah-hikmah ibadah Qurban
  • Melatih diri untuk berkorban untuk perkara kebaikan
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak
  • Tanda kesyukuran di atas nikmat pemberian Allah
  • Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
  • Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat
  • Mengembirakan fakir miskin dengan pemberian daging Qurban
  • Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam

Pengertian Ibadah Qurban

Qurban ialah penyembelihan binatang ternakan berkaki empat (Al-An'am) pada hari Raya Eidul Adha atau hari-hari Tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah.

Hukum ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar.

Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat 2 rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.

Sejarah Ibadah Qurban

Ibadah Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah s.w.t. Walaubagaimanapun, peristiwa tersebut sebagai ujian Allah s.w.t kepada mereka berdua.

Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana Nabi Ibrahim sanggup menyembelih anak sendiri dan Nabi Ismail pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih. Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan mereka kepada perintah Allah lebih daripada yang lain lalu Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan kambing (Qibasy). Ibadah Qurban juga dilakukan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Syarat-syarat sah ibadah Qurban
  • Berniat Qurban ketika menyembelih
  • Sembelihan dilakukan dalam waktunya iaitu matahari naik kadar segalah pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
  • Penyembelihan orang Islam
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang qurban tersebut yang boleh mengurangkan dagingnya
  • Binatang ternakan yang halal dimakan
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur. Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan qurban adalah seperti berikut:
    • Biri-biri/ kambing - Umur 1 tahun atau lebih
    • Lembu/ kerbau - umur 2 tahun atau lebih
    • Unta - umur 5 tahun atau lebih
Pembahagian Daging Qurban
  • 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin
  • 1/3 dimasak untuk jamuan ramai
  • 1/3 orang yang berqurban
Lebih afdal sekiranya orang yang berqurban itu memakan sedikit daripada daging qurbannya.
Haram diberikan daging qurban kepada orang kafir sama ada dalam keadaan mentah atau pun masak. Harus disedekahkan kepada orang kaya. Qurban Nazar haram dimakan dagingnya oleh orang yang bernazar.

Perkara Sunat Ketika Ibadah Qurban
  • Membaca basmallah atau takbir
  • Selawat kepada nabi
  • Menyembelih pada waktu siang
  • Memilih binatang gemuk dan sihat
  • Disembelih oleh orang yang berqurban
  • Binatang hendaklah dibaringkan di atas rusuk kiri dan mengadap kiblat
  • Orang yang berqurban makan sebahagian daging qurban
  • Menggunakan alat sembelihan yang tajam

No comments:

Post a Comment