Sunday, October 7, 2012

Roadshow PIMPINAN di Daerah Klang berjalan lancar

Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor membentangkan  Hala Tuju dan berdialog dengan  ahli PIMPINAN Cawangan Daerah Klang


Klang, 6 Okt 2012;  Majlis Tazkirah dan Roadshow PIMPINAN Pusat bagi Daerah Klang telah berjaya diadakan di Dewan Serbaguna Masjid India Muslim Tengku Kelana Klang pada Ahad semalam. Ahli Jawatankuasa PIMPINAN Pusat yang hadir pada Roadshow ini ialah Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN, Tn Hj Fakurruddin b. Hj Eshak, Setiausaha Agong dan En Shamsuri b. Abdullah, Penolong S/U.

Program Roadshow PIMPINAN di Daerah Klang ini telah dirasmikan oleh Yg Bhg Ustaz Azrun bin Tumiran, Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau, Pejabat Agama Islam Daerah Klang. 


Dalam ucapan perasmiannya, beliau menaruh harapan agar semua ahli jawatankuasa masjid dan surau di Daerah Klang bergabung dan menjadi ahi PIMPINAN.  Pertubuhan ini (PIMPINAN) dapat dijadikan sebagai landasan untuk menyuarakan isu-isu dan persoalan berhubungkait dengan masjid dan surau serta mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli. 

Ahli PIMPINAN daripada 20 buah masjid di Daerah Klang yang terdiri daripada Nazir/ Pengerusi Masjid/ Surau, Imam, Bilal, Siak, AJK dan Penolong Pendaftar Nikah telah hadir diperjumpaan ini.
Masjid India Muslim Tengku Kelana Klang
Majlis yang bermula pada pukul 10:00pagi dimulai dengan ucapan Pengerusi PIMPINAN Cawangan Daerah Klang Tn Hj Buang b. Raban. Beliau mengalu-ngalukan kedatangan Nazir-nazir dan ahli jawatankuasa masjid /surau di Daerah Klang ke majlis ini. Beliau mengharapkan perjumpaan yang sebegini selain daripada mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli-ahli, perjumpaan ini juga dapat merangka strategi untuk penambahbaikan kepada PIMPINAN keseluruhannya khususnya PIMPINAN Cawangan daerah Klang.


Agenda utama dalam Roadshow PIMPINAN Pusat ini adalah pembentangan Hala Tuju PIMPINAN yang telah disampaikan oleh Tuan Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor.
Beliau dengan penuh bersemangat telah menjelaskan tentang perlunya PIMPINAN ini digerakkan dengan lebih aktif dan menyerlah supaya ahli dapat menafaat dan masyarakat dapat melihat bahawa PIMPINAN ini mewakili seluruh masjid dan surau di Negeri Selangor.


Diantara intipati serta kandungan pembentangan hala tuju PIMPINAN ini ialah:

  • Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor darul Ehsan
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan dakwah dan keabajikan Islam 
  • Didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan Malaysia pada 14hb March 1996 (no. Pendaftaran 5891/96 Selangor) 
  • Sedia bekerjasama dengan badan/ pertubuhan yang bercorak dakwah dan kebajikan.
  • Mewakili seluruh masjid dan surau di Negeri Selangor.
  • Menerima grant tahunan dan mendapat sokongan daripada JAIS dan MAIS.
  • Ahli bersekutu dengan Persatuan Pegawai Masjid SeMalaysia dan mendapat pengiktirafan kerajaan persekutuan.
  • Mendapat sokongan daripada Orang Besar Daerah.
  • Penglibatan dengan koperasi dan peluang pelaburan untuk ahli.
  • Takaful Kemalangan RM10,000.00, Khairat Kematian RM400 & RM300.
  • Keahlian secara otomatik, ahli kariah boleh jadi ahli biasa, status ahli biasa kekal walaupun tidak ada jawatan dalam organisasi masjid.




No comments:

Post a Comment