PUCHONG, 13 Okt 2012 - Jawatankuasa Masjid As-Salam Puchong Perdana atau dikenali sebagai Masjid Terapong, di sini berhasrat menjadikan pusat ibadat itu "One Stop Center" merangkumi pelbagai bidang.
Nazir Masjid berkenaan Tuan Haji Yasim Mohamed berkata, sejajar dengan itu, pihaknya bakal menganjurkan satu karnival produk halal secara besar-besaran pada penggal pertama tahun hadapan.
Nazir Masjid berkenaan Tuan Haji Yasim Mohamed berkata, sejajar dengan itu, pihaknya bakal menganjurkan satu karnival produk halal secara besar-besaran pada penggal pertama tahun hadapan.
Katanya, peniaga digalakkan bersedia untuk acara berkenaan bagi mendapatkan menafaat, malah ia turut memberi kebaikan kepada pembangunan ekonomi masjid.
"Kita tidak mahu masjid dijadikan tempat beribadah semata-mata tetapi mahu ia menjadi pusat komuniti merangkumi pelbagai aspek termasuk perkara membabitkan ekonomi yang menjadi tuntutan.
"Apa guna masjid besar tetapi tiada aktiviti ekonomi dijalankan bagi menampung pembangunannya.... kita mahu masyarakat setempat mendapat keberkatan selaras tagline masjid iaitu untuk menjadikan Masjid As-Salam Puchong Perdana sebagai Pusat Pengembangan Budaya Toleransi serta Pengembangan Budaya Perdamaian," katanya ketika berucap pada Program Raudhah dihatiku bersama TV9, Sabtu lalu.
No comments:
Post a Comment