Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor, Tn Hj Yasim Mohamed berkata, pihaknya melihat elaun yang diberikan kepada pegawai masjid setakat ini tidak setanding dengan bidang tugas yang mereka lakukan.
Menurutnya, kebajikan anggota masjid khususnya pegawai masjid ini perlu dijaga kerana peranan mereka dalam masyarakat sangat besar khususnya dalam menjaga dan menangani isu gejala sosial yang semakin bertambah dan mencabar.
“Dari segi bantuan sebagai sebuah NGO, kami memperoleh sedikit peruntukan dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengadakan aktiviti yang melibatkan kerja-kerja dakwah dan dalam usaha meninggikan syiar Islam di Negeri Selangor,” katanya kepada Sinar Harian.
Tn Hj Yasim berkata, sebelum ini pihaknya telah mengusulkan kenaikan elaun tersebut namun, ia masih dalam pertimbangan kerajaan Selangor.
Katanya, selain itu beliau juga mengharapkan lebih ramai ahli jawatankuasa masjid dan surau menyertai PIMPINAN kerana ini sekali gus memberikan faedah kepada ahli-ahli yang lain.
- Wartawan Sinar Harian -
No comments:
Post a Comment