Sunday, October 21, 2012

Roadshow PIMPINAN Negeri di Cawangan Daerah Petaling

Sebahagian ahli PIMPINAN yang hadir dalam perjumpaan dengan PIMPINAN  Negeri

Puchong, 20 Okt 2012;  Roadshow PIMPINAN Negeri peringkat Daerah Petaling telah berjaya diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana Sabtu lalu. Seramai 58 orang anggota masjid yang terdiri daripada Nazir/ Pengerusi, Imam, AJK Masjid/ surau serta Penolong Pendaftar Nikah telah hadir di perjumpaan ini.

Program Roadshow PIMPINAN Peringkat Daerah Petaling ini telah dirasmikan oleh Orang Besar Daerah Petaling iaitu Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Datuk Emran b. Abdul Kadir. Dalam ucapannya beliau menyatakan sokongan penuh kepada aktiviti PIMPINAN dalam usaha untuk meningkatkan prestasi pengurusan masjid dan surau serta melihat hal-hal  kebajikan anggota jawatankuasa masjid terpelihara dan dijaga.

Pengerusi PIMPINAN Cawangan Daerah Petaling Tn Hj Wan Mohd Ghazali b. Wan Mahmud mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli serta mengharapkan sokongan daripada masjid dan surau untuk menjalankan aktiviti dimasa yang akan datang.

Agenda utama dalam Roadshow PIMPINAN Negeri ke Daerah-daerah ialah untuk membentangkan Hala Tuju dan rancangan masa depan PIMPINAN. Pembentangan Hala Tuju PIMPINAN telah disampaikan oleh Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor. Beliau telah menjelaskan tentang objektif penubuhan PIMPINAN, menafaat keahlian dan rancangan masa depan.

Selepas Pembentangan Hala Tuju oleh Yang Dipertua PIMPINAN, sesi soal-jawab dan dialog menarik minat peserta-peserta. Semoga majlis yang sebegini dapat memberi maklumat kepada ahli dan mendekatkan ahli-ahli dengan aktiviti PIMPINAN.

Datuk Emran b. Abd Kadir, Orang Besar Daerah Petaling

Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor





Hj Wan Ghazali Wan Mahmud, Pengerusi PIMPINAN Cawangan Petaling



Tuan YDP PIMPINAN menyampaikan cenderahati kepada Datuk Emran



No comments:

Post a Comment