Tuesday, November 27, 2012

Roadshow PIMPINAN Negeri di Daerah Kuala Langat


Banting, 24 November 2012, Roadshow PIMPINAN Negeri Selangor Daerah Kuala Langat telah diadakan di Masjid Jamek As-Solihin, Kanchong Darat Banting Kuala Langat Sabtu lalu. Majlis yang dihadiri oleh Nazir, Imam dan AJK Masjid-masjid Daerah Kuala Langat telah di rasmikan oleh Orang Besar Daerah Kuala Langat iaitu YDH Raja Dato' Hj Uzair bin Tengku Zainon Rashid Shah Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya.



Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor dan En Shamsuri Abdullah, Penolong Setiausaha Agong PIMPINAN Negeri Selangor telah hadir memberikan taklimat dan seterusnya mengendalikan mesyuarat Agong untuk pemilihan AJK PIMPINAN yang baru bagi Daerah Kuala Langat bagi sesi 2012 ~ 2014.





Orang Besar Daerah sedang menyampaikan ucapan perasmian

Tn Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN Negeri Selangor menyampaikan taklimat  hala tuju PIMPINAN


No comments:

Post a Comment