Wednesday, September 26, 2012

Perjumpaan Hari Raya dan Taklimat Hala Tuju PIMPINAN Negeri Selangor

Barisan Ahli Jawatankuasa PIMPINAN Negeri Selangor Sesi 2012~2014
Duduk dari kiri: Hj Mohd Fadhil Tahir, Hj Md Yusoff Nour Mohamed (Bendahari), Hj Yasim Mohamed (YDP), Hj Buang b. Raban (TYDP), Us Nasrudin Tanawi (NYDP).
Puchong, 15 September 2012; Satu perjumpaan Hari Raya serta Taklimat Hala Tuju PIMPINAN (Persatuan Nazir-Nazir, Imam, Pegawai, AJK Masjid/ Surau dan Penolong Pendaftar Nikah) Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana Sabtu lalu.

Wakil-wakil PIMPINAN daripada Cawangan Daerah di Negeri Selangor telah hadir diperjumpaan ini. Sempena majlis Perjumpaan Hari Raya ini, Taklimat Hala Tuju PIMPINAN telah disampaikan sendiri oleh Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor yang baru bagi sesi 2012 ~ 2014.

Dalam Taklimat Hala tuju PIMPINAN ini, Tuan Yang Dipertua telah menjelaskan tentang Peranan PIMPINAN Cawangan Daerah, Peranan Nazir-nazir dan Imam-Imam dalam menggerakkan pertubuhan ini untuk kebajikan dan menafaat kepada ahli-ahli yang berdaftar.

PIMPINAN sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Dakwah dan Kebajikan Islam bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai matlamat yang sama.

Di Negeri Selangor terdapat 9 buah Cawangan PIMPINAN Peringkat Daerah iaitu PIMPINAN Cawangan Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Sepang, Petaling/ Shah Alam dan Sabak Bernam.

Satu "Roadshow" PIMPINAN Pusat/ Negeri ke Cawangan-cawangan Daerah akan diadakan dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut tentang PIMPINAN silalah berhubung dengan Hj Fakurruddin b. Eshak, Setiausaha Agong PIMPINAN Negeri Selangor di talian 012-308 1924 / din37502000@gmail.com


Hj Fakurruddin b. Hj Eshak, Setiausaha Agong PIMPINAN Negeri Selangor



En Shamsuri Abdullah, PSU (Berbaju hijau) dan Hj Fakurruddin (bersongkok)  S/U PIMPINAN Pusat




Sesi Dialog: En Yusof Zimat, Pengerusi Surau An-Najatul Hasanah Puchong Permai

Hj Rosli Hussin, Pengerusi Surau Madrasatul Ehsan Puchong Perdana

Hj Saibani Sabran, Pengerusi Surau An-Nur Taman Puchong Intan

En Harun Nayan, Ketua Biro Kebajikan Masjid As-Salam Puchong Perdana





Wakil-wakil daripada PIMPINAN Cawangan bersama Yang Dipertua


Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN Pusat (baju merah) dan Hj Md Yousoff Nour Mohamed (Bendahari PIMPINAN)





Hj Wan Ghazali, Pengerusi PIMPINAN Cawangan Daerah Petaling (Berbaju Kuning), Hj Ramli Othman (Timbalan Nazir Masjid Al-Istiqomah Kg Seri Andalas Puchong dan Tuan YDP (baju merah)

1 comment:

  1. Tahniah atas usaha kepimpinan baru. Cuba saya tidak tahu kewujudan majlis ini.

    ReplyDelete