Wednesday, September 26, 2012

Maklumat PIMPINAN


  • PIMPINAN adalah ringkasan daripada "Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Negeri Selangor Darul Ehsan", sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang bercorak dakwah dan kebajikan Islam.
  • Ditubuhkan pada tahun 1994 atas syor bekas Pengarah JAIS, Yg Bhg Dato' Hj Nahrawi bin Hj Hashim
  • PIMPINAN telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Malaysia pada 14 Mac 1996.
  • No. Pendaftarannya ialah 5891/96 (Selangor)
  • Ibu Pejabatnya ialah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Shah Alam).
  • Keahlian PIMPINAN adalah terbuka kepada semua AJK masjid dan surau yang terdiri daripada Nazir/ Pengerusi, Imam, Bilal, Pegawai & AJK Masjid/Surau dan Penolong Pendaftar Nikah disetiap kariah di negeri Selangor.               
  • Ia ditubuhkan untuk menjaga kepentingan anggota pengurusan masjid, ahli Jawatankusa Masjid/ Surau dan Penolong Pendaftar Nikah (PPN) di seluruh Negeri Selangor.

Manfaat yang diperolehi bila berdaftar menjadi ahli PIMPINAN:

  1. Manfaat khairat kematian percuma (mengikut terma dan syarat) . Jika meninggal, ahli akan mendapat RM400 dan jika isteri meninggal, ahli akan mendapat RM300.
  2. Boleh menyertai takaful kemalangan dengan bayaran serendah RM10 dan mendapat RM10,000.00 jika berlaku kematian disebabkan oleh kemalangan. Jika kecederaan kerana kemalangan, ahli akan diberikan RM2000 setiap kali dimasukkan ke hospital.
  3. Boleh menyertai Koperasi Kariah Masjid yang menawarkan peluang perniagaan seperti pinjaman untuk membuat rumah Home-stay dan sebagainya.
  4. Membuat pinjaman Ar-Rahnu bagi mendapat modal perniagaan atau dalam keadaan terdesak.
  5. Memperkukuhkan institusi masjid dan surau serta menjaga kebajikan mereka dan keluarga.
  6. Membantu ahli yang miskin dengan merujuk kes mereka kepada pusat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat bantuan.
  7. Dapat membantu anak-anak ahli menjadi "ibaadu Al-Rahman" dalam kariah dan seterusnya masyarakat melalui program motivasi PIMPINAN.
  8. Suara PIMPINAN akan lebih jelas didengar oleh mereka yang mempunyai kuasa jika semua anggota masjid dan surau serta ahli kariah menjadi ahli PIMPINAN.
  9. PIMPINAN menganggotai Persatuan Pegawai Masjid SeMalaysia (PPMSM) yang mendapat sokongan daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri. Kenaikan elaun imam dari RM450 kepada RM750 adalah atas usaha PIMPINAN.
  10. PIMPINAN dengan kerjasama PPMSM sedang berunding dengan JAKIM supaya bilal dan siak juga mendapat elaun dari JAKIM.









No comments:

Post a Comment