Friday, October 17, 2014

Kebajikan Masyarakat Teras As-Salam

Masjid As-Salam Puchong Perdana, Puchong Selangor


TIDAK hanya tertumpu sebagai pusat ibadat khusus, institusi masjid yang juga rumah ibadah bagi umat Islam merupakan pusat pelbagai kegiatan masyarakat sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika zaman pemerintahannya.


Mengambil contoh amalan tersebut, Masjid As-Salam, yang terletak di Puchong Perdana, Puchong Selangor memperluas fungsinya bukan sahaja mengimarah menerusi pengisian dalaman, malah memfokuskan kepada aktiviti kebajikan bersama masyarakat.


Nazir Masjid As-Salam, Tuan Hj Yasim Mohamed berkata, langkah itu diambil bagi membuktikan peranan masjid yang menjadi simbolik bagi menggambarkan imej umat Islam sebagai penggerak masyarakat serta mampu menyumbang dalam semua aspek.