Putrajaya, 3hb April 2013; Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid SeMalaysia (GPPKMM) telah selesai mengadakan pertemuan khas dengan Pengarah JAKIM di Pejabatnya di Putrajaya semalam. Hadir dalam pertemuan ini adalah wakil-wakil daripada Negeri Selangor, Johor, Kelantan, Melaka dan Terengganu.
Mewakili negeri Selangor ialah Hj Yasim Mohamed, YDP PIMPINAN Negeri Selangor dan Hj Fakurruddin b. Eshak, S/U Agong PIMPINAN. Diantara tujuan pertemuan ini selain daripada mengeratkan hubungan GPPKMM dengan JAKIM ialah untuk mengemukakan beberapa cadangan yang melibatkan kepentingan ahli persatuan.
No comments:
Post a Comment