Friday, February 8, 2013

Cabaran Memperkasa Institusi Masjid

Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor merangkap Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana membentangkan kertas kerja bertajuk Cabaran Memperkasa Institusi Masjid


Kuala Lumpur, 5hb Febuari 2013; Program Perhimpunan Pegawai-Pegawai Masjid bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan di Masjid Al-Imam Asy-Shafie Jalan Perkasa Taman Maluri Kuala Lumpur pada 4hb Febuari 2013. Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah mengumpulkan semua pegawai-pegawai masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program telah dirasmikan oleh Yg Berbahagia Datuk Hj Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Hadir sama ialah Tuan haji Basori bin Haji Umar, KPPK Bahagian Pengurusan Kariah JAWI.

Pembentang Kertas Kerja dalam Perhimpunan ini ialah Tn Hj Yasim Mohamed, Yang Dipertua PIMPINAN Negeri Selangor merangkap Nazir, Masjid As-Salam Puchong Perdana. Tajuk Kertas Kerja yang dibentangkan ialah "Cabaran Memperkasa Institusi Masjid". Kertas Kerja ini adalah sebahagian daripada "Perkongsian Pintar" pengalaman menguruskan Masjid As-Salam Puchong Perdana yang merupakan Masjid Terbaik di Negeri Selangor. 

Diakhir pembentangan, sesi soal-jawab telah banyak memberi peluang kepada peserta untuk mengetahui dengan lebih terperinci perkara-perkara yang lebih spesifik berkaitan dengan pengurusan masjid.







No comments:

Post a Comment